muka depan
muka depanmuka depan

QALB

RM20.00

Writer: Maria A.A

 

Puisi

24 in stock

Category:

Product Description

QALB merupakan kumpulan prosa, puisi serta beberapa catatan
pendek yang ditulis berdasarkan pengalaman kehidupan seharian penulis.
QALB juga banyak bermain dengan perasaan dan emosi yang dialami oleh
penulis seiring dengan pemilihan tajuk QALB sendiri, yang bermaksud
hati. Penulis menggunakan peranan ‘hati’ untuk menggerakkan
penulisannya di dalam QALB.

Menurut pembacaan penulis, dari sudut pandangan Islam, hati manusia
dibahagikan kepada 4 lapisan / peringkat dan setiap satunya diletakkan
peranan sebagai shard , qalb, fuad dan albab. Oleh yang demikian,
penulis akan membahagikan QALB kepada empat bahagian dan
bahagian-bahagian tersebut ditandai sebagai kelopak.

1. Shard: Pengetahuan yang tersimpan dalam hati atau pengetahuan
duniawi, ia berguna untuk mencari penghidupan yang efektif. Menerusi
QALB, ia ditandai dengan
Kelopak/bahagian pertama- mengenai pengalaman-pengalaman pahit,
kekecewaan, jatuh dan kekalahan dalam hidup penulis.

2. Qalb: Pengetahuan batiniyah dari hati atau pengetahuan luar dari
akal. Ia ditandai dengan
Kelopak/bahagian kedua- mengenai kesedaran penulis untuk terus positif
dan bangkit kembali dalam hidup.

3. Fuad: hati yang lebih dalam. Ia ditandai dengan
Kelopak/bahagian ketiga- mengenai semangat dan inspirasi penulis.

4. Albab: hati terdalam atau hatinya hati. Ia ditandai dengan
Kelopak/bahagian keempat-  mengenai ‘surat-surat’ kepada Tuhan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “QALB”

You may also like…